16 June 2009

Najis Besar

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ni.


Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam-macam jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.


Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang? Dengan lajunya mamat pengantin tu jawab " lima ".Tok kadi tanya lagi, bagi contoh najis kecil, dia pun jawab kencing baby yang kecik-kecik lagi. Tok kadi pun angguk la, jadi aku rasa jawapan tu ok la kot. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling. Aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu. Bukannya susah, jawapannya anjing ngan babi je. Tapi mamat tu dah mula keluar peluh jantan kat dahi. Tok kadi mula senyum. Aku sebut dalam hati moga-moga dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.


Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang. Aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba-tiba aku semburkan balik, dah kena member kat tepi. Kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi. Tapi bila pengantin tu jawap " Taik Gajah " suasana jadi riuh rendah dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana? Taik gajah? Besar betul...nak2 bila gajah makan durian

p/s: ilmu agama kena ada

2 comments:

Anonymous said...

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ni.
~ jarang tgk??hurm ok..

alhamdulillah en janggout tahu najis besar tu..

anyway is this a real story? tak kan..?kalau betul giler klakar ;P

janggout said...

kira saya lepas la kalau nak kawen ni?
hoho..

btw siapa ni ye?