19 June 2009

Hick Up

Aku teringat masa jaga studio 2 minggu lepas. Aku lepak kedai mamak kat bawah studio, makan dan minum sambil bersembang dengan member. Selesai makan aku nyala rokok sebatang dan tetiba aku 'hick up'.

Aku tanya kat Pak Mat

"'Hick up dalam bahasa melayu apa eh?" sebab utama aku tanya pasal aku lupa.

Pak Mat senyap.


Aku tanya Zam pulak.

"'Hick up dalam bahasa melayu apa eh?"

Zam dengan yakin jawab

"Terkedu-kedu"


Aku rasa lain macam je jawapan tu. Aku senyap jela. Tiba-tiba Pak Mat mencelah.

"Tersedu-sedu la"

Aku pandang Zam


"Terkedu-kedu dengan tersedu-sedu tak sama ke?"

Aku dengan Pak Mat bantai gelak. Zam cover malu tutup muka.


p/s : orang tua cakap kalau 'terkedu' ni nak besar. betul ke?

5 comments:

gda said...

btul2...pnah gak dgr ayat tu" kalo tersedu tu na membesar" tp mslahY kalo nenek 50 taun tersedu pn na membesar gak ke???hehe
lameY xkaco abg sy ni!!

janggout said...

wahhh..
gda,mne u hilang..haha

btw, klu nenek tersedu tu mknanya dia nk mengecil, bukan membesar.
harap maklum

Nadia Yuna said...

bile boleh ikut pegi studio? heheh. cam boleh pegi je =p

janggout said...

errr..
takut sakit telinga je pasal bingit kat situ

nM said...

adoiyai.....
nape ko sebut nama aku dalam ni?
habis la undercover aku.
Ceiiii......