21 June 2009

Happy Fathers Day



Walaupun ayah aku tak pernah buat benda-benda macam mat saleh tu buat aku tetap sayang kat ayah aku. Mungkin ayah aku tak tau yang aku sayangkan dia. Maklum la balik rumah pun jarang, tapi aku ada sebab untuk semua tu dan aku seorang je yang tau. Tapi percayalah ayah, anakanda terlalu sayangkan kamu.

Perkara yang masih dalam ingatan ni terlalu banyak. Tapi yang paling aku ingat sewaktu ayah ajar aku mengaji Al-Quran sampai aku menangis sebab baca tersangkut-sangkut. Dan sebab sifat tegasnya itulah aku sekarang baca dah tak sangkut lagi. Terima kasih.

Masa aku sekolah rendah kadang-kadang ayah suruh aku basuh keretanya dan aku akan minta upah RM2.00 tapi yang aku dapat hanyalah aiskrim patah 20sen. Tapi aku tak kisah sebab dapat makan aiskrim pun sedap jugak.

Cukuplah sikit-sikit je, kalau tulis lebih-lebih nanti keluar airmata pulak. haha.

Selamat Hari Bapa. Sayang ayah sangat-sangat.
Ditujukan khas untuk ayahku Wan Abdullah Sabary Bin Hj Wan Harun

3 comments:

Anonymous said...

cool dad!!ahha

Anonymous said...

alah, touching plak dak ni....
Ampeh tul. x anna molly ar cengini.

janggout said...

ahh..
anna molly belakang cerita.
masuk asin beat la kalau berani..
hehe