10 May 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu. (bukan orang kata, dah memang betul pun)

Bila dahaga, yang susukan aku....ibu
Bila lapar, yang suapkan aku....
ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....
ibu
Bila bangun tidur, aku cari....
ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
ibu
Bila nak bermanja, aku dekati....
ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
ibu
Bila nakal, yang memarahi aku....
ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
ibu
Bila takut, yang tenangkan aku....
ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
ibu
Aku selalu teringatkan ....
ibu
Bila sedih, aku mesti talipon....
ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada..
ibu
Bila takut, aku selalu panggil...
"ibuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
ibu
Bila ada masalah, yang paling risau....
ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
ibu
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
ibu
Yang selalu berleter kat aku...
ibu
Yang selalu puji aku....
ibu
Yang selalu nasihat aku....
ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
ibu
Tapi kalau ibu sudah tiada..... IBUUUU...RINDU IBU.... RINDU SANGAT....


berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.
dan akhir sekali berapa ramai yang
sembahyangkan JENAZAH ibunya.

Jadi sayangilah ibu anda selagi dia masih ada. jangan dia dah tiada nanti baru nak menyesal. time tu menyesal pun xguna dah..

Al-Fatihah untuk ibuku allahyarhamah Azian bt Jamaludin. segala pengorbananmu xkan kulupakan. semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin.

5 comments:

soo said...

Al-Fatihah buat ibumu..
Moga beliau ditempatkan digolongan yg disayangi..Amin

janggout said...

amin..
hrp2 cmtu la

soo said...

insyaAllah

Anonymous said...

ameen...insyaallah...

p/s:tbe2 je nangis...rinduuuUUU kt my mom...isk isk isk

Anonymous said...

ameen...insyaallah...

p/s:tbe2 je nangis...rinduuuUUU kt my mom...isk isk isk