28 May 2009

Cilakak lu apek

Hari ini aku cuti. macam biasa la kalau cuti bangun lewat la pasal semalam pulun main dota ngan member aku. lebih kurang pukul 130 baru aku bangun. itu pun pasal perut berbunyi, kalau tak memang lajak lagi la kot. aku lap taik mata dan mandi ala kadar je. keluar dengan moto hijauku pergi beli makanan untuk ditapau dan pulang ke rumah. semasa aku tengah tunggu lif datang seorang apek kepala botak sambil bermain dengan kucing peliharaannya. aku buat bodo je la pasal dimata aku dia tak hensem dan tak patut ditegur. agak kerek kan.

Lif berbunyi 'tinggg'. pintu terbuka dan kami pun masuk.

Semasa didalam lif si apek mengajuk bunyi kucingnya 'meoww..meow'. suara dah la sengau. tapi aku tak kisah. tiba tiba aku dengar bunyi 'prookkt'. aku ingat bunyi pasal kucing dia tu. tapi apasal ada aroma pulak yang menyinggah kat hidung aku? sah apek ni kentut. aku maki maki dalam hati.adeh, aku ni dah la dok tingkat 11, lif baru kt tingkat 2. apek tu dok tingkat 13. rasa macam nk sepak je apek tu, tak ada otak ke apa. dia takpela bau kentut sendiri. dia ingat dalam lif ada ventilation system kot. macohai lu.

Sampai je tingkat 11 aku keluar perlahan sambil mengangkat tangan dan mengeluarkan jari tengah dan maki maki. tak tau la dia perasan ke tak. makanan yang aku tapau tadi pun aku dah takde selera nak makan @#^$!%!

3 comments:

waNN said...

hahaha...bjok gile cite ni...nasik tu sure sdap..ko xmkn ke...

janggout said...

makan sambil tutup idong..
boleh ke camtu?

niucnaj said...

kahkahkah...
sgt tragis story ko..
bagus gak mkn sambil tutop idong..
haha..
len kali, sblom kuar, ko tarik ekor cat dia..
hihihi..
meoooooooooowww!
trus jd jahat le plak kan..
kecian cat tu,tak bsalah..
huhuh