31 May 2009

Arapaima

Aktiviti memancing kami aktif kembali. aku, dud, ali, kucing dan jon mencari port memancing di dem ulu yam. ramai orang mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga dan ada juga kaki pancing yang kelihatan sudah mengambil port masing2.

Kami berhenti sebentar melihat sekumpulan kaki pancing dengan gaya mereka casting. 'wiuuuuuu' bunyi tali tangsi dilepaskan dari mesin. wah, agak langsi gaya mereka ni kononnya mereka caster yang hebat. aku tengok mereka menggunakan anak ikan keli sebagai umpan. tapi aku rasa mungkin abang ikan keli kot kerana melihat pada saiz ikan tersebut yang agak besar sikit dari saiz anak ikan keli. kami cuma bawak anak ikan oren yang kecil2 serta roti. boleh dapat ke ikan kat sini. kami bajet nak mancing kat kolam atau tasik je. kami memandang satu sama lain kemudian gelak kecil. ahh comelnya ketawa kami.

Seorang pakcik disitu menegur anak buahnya "Hangpa ikat umpan tu kemaih2 takut terlepaih satgi rugi, dah la aku beli kat hangpa ngam2 4 ekoq sorang", suara beliau agak kasar. kami memerhatikan saja gelagat mereka. nak join mancing sekali dengan diorang takut kena gelak pulak pasal bawak umpan anak ikan oren dengan roti gardenia. nak mancing patin dengan rohu boleh la. adeh.

Mungkin paklong tu sedar yang kami berminat melihat depa dok sakan mancing, dia pun bercerita dengan kawannya. "Kat sini banyak ikan toman, kalau nak tangkap toman kena guna umpan tahan lama sikit." aik, paklong ni macam tau je kami bawak umpan bodoh. "kalau bernasib baik mana tau nanti hangpa boleh merasa bawak naik arapaima." aku bertanya ali "Betoi ka ada arapaima kat sini?" ali hanya mengangkat bahu. paklong terus menyambung "Lagi bernasib baik kalau melekat arapaima besaq tong gas." aku mengerut dahi, aku rasa paklong ni dah kencing kami semua. dekat dem ni tak pernah lagi aku dengar ada arapaima. tau la kami baru 1st time datang port sini. kang aku cerita pasal ikan toman besar bas sekolah kt tasik kenyir baru terbeliak biji mata dia nanti.

Dud bagi isyarat suruh beredar. "Palotak hang arapaima besaq tong gas." aku berkata perlahan takut paklong tu dengar nanti kena pukul pulak. kami cari port kami dan memancing menggunakan umpan bodoh kami tu. lantak la kalau orang nampak pastu diorang nak gelak pun. aku nak lepas gian je. mana tau ada rezki kami. tengah dok layan mancing ali terpekik "WOI!!, anak ikan terbalik!!" adeh, plastik yang kami letak anak ikan tertumpah. mengedik2 anak ikan tu langsung mati xdapat diselamatkan. guna umpan roti pun takde feedback. kami pun blah, memang takde rezki harini. time balik dari jauh kami lihat paklong tu dok ada lagi dengan anak2 buahnya. good luck with your arapaima fak long. cis


pakcik sudin dapat arapaima lagi besar dari tong gas xkecoh pun

p/s: sangkut mulut dengan mata kail mesti best kan

No comments: