19 May 2009

Aku & Kahcong Part 2

Suasana pagi tu cerah dan menyegarkan badan aku. awan biru baik punya, dan aku harap hari xkan hujan. Kahcong menegur " dah makan ke bro? harini kita kena buat kerja berat. " aku mengangguk berlagak.

Kami menyambung kerja yang belum selesai semalam. masih lagi dalam acara menanam chamber. kali ni kami perlu menyambung copper tape ke copper rod menggunakan cadweld. korang tentu xpaham langsung apa yang aku cakapkan ni. so korang tengok la gambar aksi menembak cadweld ni.


copper tape yang telah ditanam


mengenakan acuan cadweld kat copper tape


meletakkan belerang kedalam acuan.


hasil setelah belerang tersebut dibakar. copper tape melekat kat copper rod.
gambar time menembak xde pulak. hampeh betol


Dan untuk makluman korang yang pakai cap askar tu la Kahcong. nampak je besar tapi sebenarnya beliau lagi kurus dari aku. haha.. aku jeles sebenarnya. walaupun aku tak sebesar dia aku tetap kental melakukan kerja2 berat. tapi kadang2 rasa malas jugak nak buat. haha.

Setel kerja luar aku dan Kahcong berlumba lari masuk kedalam. wahh, seperti iklan sunsilk pulak rambut aku time tu. sampai diatas terus Kahcong membebel "bodoh, penat la lari2 ni".. aku wat bodo je sambil membetulkan nafas, padahal aku pun semput jugak. "aku dulu sebenarnya pelumba lari kebangsaan masa sekolah dulu" Kahcong bercerita. "tapi tu dulu la, sekarang aku nak lari 10m pun dah xlarat" Kahcong menyambung. tapi haram aku xpercaya langsung sambil buat muka berkerut. aku pun teringin nak mengencing beliau lalu aku pulak bercerita " ala cong, kau kenal azmi ibrahim?" Kahcong mengangguk. "dia tu dulu kawan sekolah aku dulu, masa kami tengah buat pemilihan untuk wakil negeri nasib baik je dia menang pasal aku tersadung batu last2 minit" Kahcong nampak percaya dengan cerita aku. puas hati. haha

Kahcong bertanya samada aku minat pada muzik atau tidak. "dah tentu la", aku cakap sambil menepuk2 dada. agak terkejut Kahcong dengan perilaku aku yang ala2 king kong tu. dia bertanya lagu jenis apa yang aku minat. aku pun menerangkan secara panjang lebar muzik2 yang aku minat sampaikan Kahcong tersengguk2 mengantok. haram betoi dia ni tadi suruh aku cerita. dia pun mengeluarkan handsetnya lalu membuka lagu, aku teliti mendengar sebab macam pernah dengar lagu yang dia pasang ni. "Lagu ni aku suka, best", Kahcong berkata. patutlah macam pernah dengar, Cromok rupanya. orang indon pun ada dengar jugak ke? hairan aku. "mana kau dapat lagu ni cong?", aku menyoal. "kawan aku yang bubuh dalam ni bro, aku dengar best so aku xbuang la" cong mendabik dada gaya berlagak. eh mamat ni, ada lagu ni pun nak berlagak. aku ada satu album lagi, xkecoh pun. "sedap jugak lagu2 Malaysia ni ye bro", cong bersuara. aku mula kembang kempis bila mendengar orang luar memuji seni tanah air. cong menyambung, "kat Indonesia banyak sangat sampaikan hampir setiap hari ada band baru". biar betik dia ni tiap2 hari ada band baru. "band indon yang dapat masuk Malaysia ni berapa kerat je, kat sana tah macam2 nama band kalau kau nak tau bro. Warongan, Jilbab Putih, Kendi Satoyo, macam2 lagi la."

Brader Mahasir mendekati. "dah2, tah pape yang korang sembang tah tu. hari dah gelap ni jom kita blah"

Aku membersihkan punggungku sambil menolak2 Kahcong berharap dia akan jatuh. cam haram kan perangai. haha

1 comment:

Anonymous said...

thanx for e part 2 babe