11 May 2009

Aku & Kahcong Part 1

Kisah ni berlaku time aku kena pergi site wimax kt JB. Kahcong atau nama glamer cong merupakan seorang lelaki Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Awal perkenalan si cong ni xbanyak cakap. Dia suka bersembang dengan si chal kawannya. Tapi itu hanya sementara je atau lakonan ego beliau? Gayanya ingin bersembang dengan aku yang memang sedia maklum hensem ni tapi dia tetap dengan egonya.

Petang sket ketika aku tengah mengorek lubang untuk menanam 'chamber' atau maksud lain menanam copper untuk tujuan grounding, dia dekati untuk menolong. Timbul perbualan antara kami.

cong: err..kau tengah buat apa?
aku: dia ni rabun ke?~monolog seorang diri. tengah korek lubang ni ha.sambil senyum
cong: banyak lagi?
aku: bleh tahan gak la, nak kena korek 1kaki setengah.
cong: nama kau apa ya?
aku: my name is muiz a.k.a janggout
cong: iz? sedap nama tu.
aku: adeh. panggil nama aku iz pulak. bantai jela cong.
cong: mari aku tolong kau.

Lalu dia pun mengambil cangkul serta 'chalk' untuk mengorek lubang. xsampai 30min semua dah setel.
mak aih, gila laju mamat ni buat keje. tapi kalau ikut pada badan dia yang 'tough' lebih kurang aku ni aku xhairan sangat la.

cong: dah siap bro, lepak minum jap.
aku: aik, panggil bro pulak? ~aku bercakap dalam hati
cong: kau orang KL ke bro?
aku: em, memang asal sana. kenapa?
cong: best kan KL tu. banyak tempat boleh jalan2.
aku: kat sini lagi best dari KL kot. dok KL jalan manjang sibuk je.

Tanpa diduga beliau melepaskan gas beracun..~prooot
haram jadah betol mamat ni, mujur badan ko lagi besar dari aku je. sambil memalingkan muka ketempat lain aku menyambung..

aku: dah lama datang Malaysia?
cong: sudah 3tahun. masa mula2 datang dulu aku turun KL. aku nk pergi KLCC dari Bukit Bintang tapi last2 sesat. nampak dekat je tapi xsampai jugak. lepas tu aku naik teksi xsampai 5min dah sampai. kalau tau dari awal aku naik teksi.
aku: bodo jugak mamat ni~kata aku dalam ati
cong: banyak shushah jalan dekat KL. banyak kereta. ~sambil membuat gaya pack ala2 mencarut

Brader Mahasir turun dari atas datang kearah kami."dah setel ke semua?"
"setel dah bang." aku menjawab.
"kalau camtu kita sambung esok jela, hari dah lewat dah ni." brader beri arahan.

aku: ok la cong, kita jumpa esok pulak.
cong: ok bro. malam ni jalan2 tengok awek ke?
aku: dok bilik je kot. sakit badan ni.

Malam tu memang betol. lepas mandi pe semua aku tertidur keletihan. bapak penat siot 1st day kat situ

3 comments:

soo said...

cant wait for part 2..hahaa

janggout said...

errr..
cm mls lak nk cte part 2..lalala

soo said...

alaa :(