15 February 2012

Allah Is Calling




When Allah is calling, what is our action?


12 February 2012

Awasi Jerat Valentine

Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Daysebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Artikel lanjut sila lihat di sini

05 February 2012

Maulud Nabi Muhammad SAW

Sempena maulud nabi ini mari kita ingat kembali sejarah ringkas baginda dari baginda lahir hingga baginda wafat.


Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim


Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" An-Nasai & Ibnu Hibban

26 January 2012

Tentera Allah - Nyamuk

Kisah ini mungkin ramai yang telah mendengar. Tetapi sama-sama kita mengimbau kembali sirah lalu.

Peristiwa berlaku pada zaman Nabi Allah Ibrahim. Raja yang memerintah pada zaman tersebut ialah Raja Namrud. Lebih kurang sama macam Firaun, bermimpi sesuatu dan setelah ditafsir mimpinya akan datang seorang lelaki yang akan menjatuhkan kerajaan beliau. Pantang dengar orang nak jatuhkan dia, terus dia lancarkan misi membunuh bayi lelaki dan wanita yang mengandung. Tetapi ada seorang bayi lelaki yang sempat diselamatkan dibawa, disimpan dan dijaga di dalam gua. Bayi itu adalah Nabi Ibrahim.

Apabila baginda meningkat remaja, baginda sering memikirkan tentang kewujudan alam dan pencipta. Menjadikan baginda salah seorang yang tidak mengikut tradisi menyembah berhala pada zaman itu. Walhal, kedua ibu bapanya adalah golongan yang taat pada penyembahan berhala. Majoriti kaumnya menyembah berhala, begitu juga dengan Raja Namrud. Baginda membuat keputusan untuk menghancurkan tuhan-tuhan berhala tersebut.
Habis pecah bersepai patung-patung yang kononnya Tuhan yang memberi perlindungan kepada kaumnya itu. Tindakan baginda mengundang kemarahan penduduk-penduduk. Baginda ditangkap dan dibawa menghadap Raja Namrud.

Raja Namrud bertanya, "Hang ka yang dok buat kecoh bagi hancoq habih tuhan-tuhan kami? Hang jangan buat lecehhh." Dengan selamba dan cool Nabi Ibrahim menjawab, "Cuba tanya patung tu siapa yang menghancurkan mereka." Namrud terdiam. "Mana boleh mereka bercakap, macam mana mereka nak beritahu siapa yang menghancurkan mereka." Memang Nabi Ibrahim tahu jawapan mereka akan begitu. "Jika begitu, mengapa kamu sembah patung-patung itu semua? Bukan mereka dapat bercakap, mendengar dan melihat, langsung tidak memberi manfaat kepada kamu semua. Malah patung itu sendiri tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan. Bodoh sungguh kamu semua kerana boleh percaya patung-patung itu boleh menolong kamu sekalian.

Raja Namrud tersentak. Beliau baru sedar yang remaja di hadapannya itulah yang dimimpinya. Beliau rasa tergugat sedikit kerana Nabi Ibrahim tidak rasa takut langsung dengan beliau malah berani membantahnya. "Ini tak boleh jadi, nanti dia akan jatuhkan aku dengan kerajaanku. Remaja itu perlu dibunuh.", bisik hati Namrud. Maka Raja Namrud membuat keputusan menjatuhkan hukuman supaya Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Lalu baginda pun dilemparkan kedalam api yang menyala besar seperti bukit. Tetapi Allah telah mengarahkan api supaya menyejukkan dirinya agar Nabi Ibrahim tidak terbakar. "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim." (Surah al-Anbiya' : 69)

Terkejut orang ramai yang melihat perkara itu. Keajaiban yang tidak boleh diterima akal. Mereka mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan beliau sendiri iaitu Puteri Razia mengaku di hadapan orang ramai bahawa tuhan Nabi Ibrahim adalah tuhan yang sebenarnya. Lagi Raja Namrud naik angin lalu dia mengarahkan tenteranya untuk membunuh puterinya sendiri. Si puteri itu meluru masuk ke dalam api yang besar itu lalu berkata "Tuhan Nabi Ibrahim, selamatkanlah aku". Puteri itu terselamat juga dari dibakar dan di dalam api yang membara itu kedengaran dia mengucap kalimah syahadah. Sakit hati Raja Namrud, bertambah membara. Sebaik saja puteri itu keluar dari api, dia dan tenteranya mengejar puteri ke dalam hutan. Peluang baik untuk Nabi Ibrahim melarikan diri. Namun Raja Namrud gagal untuk menjejaki puteri beliau. Setelah peristiwa itu, Raja Namrud makin gelisah kerana rakyatnya mula hilang kepercayaan kekuasaannya.

Suatu hari Nabi Ibrahim dipanggil berdebat dengan Raja Namrud. "Ibrahim, siapakah yang menjadikan alam ini?", tanya Raja Namrud. "Yang menjadikan alam ini adalah Zat yang dapat menghidupkan dan yang dapat mematikan, dan berkuasa atas segala-segalanya.", jawab Nabi Ibrahim. "Aku juga berkuasa. Barangsiapa yang aku kehendaki dia untuk hidup maka hiduplah dia, dan apabila aku bunuh maka matilah dia.", balas Namrud dengan bongkak. Nabi Ibrahim segera membidas, "Tuhan kami adalah yang menerbitkan matahari dari sebelah timur, jadi cuba kau tukarkannya terbit dari arah barat." Terkedu Raja Namrud dengan jawapan sebegitu. "Mana boleh aku menukar kedudukan terbit matahari. Mustahil.", bisik hati
Raja Namrud. Namun dia tetap tidak mahu mengalah, dia berkata kepada Nabi Ibrahim "Hei Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika berupaya ambillah kerajaanku ini." Wah, kemain bongkak sombong si Namrud ni. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah "Ya Allah, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tenteramu yang selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk."

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya, “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman, “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya mengetuk kepalanya dengan kasut. Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari. Berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati dalam keadaan hina akibat serangan seekor nyamuk.

24 January 2012

Think



Aku lahir ke atas dunia dengan izinMu

Lahirku saat rasul dan sahabat telah tiada
Zamanku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa
Aku muncul di tengah masyarakat Islam
Tetapi Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam kembali bersinar
Juga mereka yang dibukakan hati untuk mendalami deen Allah
Cuba sedaya upaya mengajar mereka mengenaliMu
Akan tetapi aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna
Teguran diberi dan aku sedar tugas da`ie tidak memerlukan insan sempurna
Kerana manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan
Perjuanganku bukan kerana harta
Bukan juga ingin dikenali seantereo dunia
Cukuplah sekadar mendapat redhaMu
Bantulah hambamu ini
Sedarkanlah semula generasiku Ya Rabb
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti